Kehidupan awal Mohd_Najib_bin_Abdul_Razak

Beliau dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Bukit Bius, Kuala Lipis, Pahang dan merupakan anak sulung kepada pasangan Tun Abdul Razak Hussein dan Toh Puan Rahah Mohammad Noah. Selain itu, beliau merupakan berdarah bangsawan Makassar iaitu susur galur daripada keturunan Sultan Hassanudin, Sultan Makasar terakhir di Gowa, Sulawesi Selatan.[21] Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St. John, Kuala Lumpur, dan kemudian belajar di Kolej Lelaki Malvern[22] di Worchestershire, England. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham,[23] England pada tahun 1974. Najib Razak kembali ke Malaysia pada tahun 1974 dan memasuki dunia perniagaan, berkhidmat sementara di Bank Negara Malaysia dan kemudian dengan Petronas sebagai pengurus perhubungan awam.[24]

Pada tahun 1976, Najib berkahwin dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar dan dikurniakan tiga anak: Mohd Nizar Najib (lahir 1978), Mohd Nazifuddin Najib dan Puteri Norlisa Najib. Beliau bercerai dengan Ku Yie pada 1987 dan berkahwin dengan Datin Seri Rosmah Mansor dan mendapat dua lagi anak: Mohd Norashman Najib dan Nooryana Najwa Najib.[25][26] Beliau juga sepupu kepada Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Najib adalah seorang pencinta golf tegar dan beliau terkenal bermain golf dengan dua Presiden Amerika Syarikat yang paling baru-baru ini - Barack Obama dan Donald Trump.[27][28] Najib telah digambarkan sebagai "teman bermain golf" Presiden Amerika Syarikat, Trump.[29][26]

Rujukan

WikiPedia: Mohd_Najib_bin_Abdul_Razak http://www.smh.com.au/world/malaysian-pm-caught-up... http://www.globalresearch.ca/philippines-peace-agr... http://english.people.com.cn/90001/90777/90851/662... http://kadsiswa.1pengguna.com/kads1m/index.php http://asiasentinel.com/index.php?option=com_conte... http://english.astroawani.com/news/show/govt-annou... http://www.astroawani.com/berita-bajet2015/bajet-2... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/dakwaan-... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kenaikan... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pm-najib...